Thursday, December 2, 2010

blog berwajah baru

hehe...selepas berhempas pulas,smbil berblog,smbil jg aliff,siap jugak akhir nye blog baru yg x seberapa ni..yg bestnya layoutnya sgt cntik.kale biru.my feveret kale..nnt bile da besar,bole la aliff ngan adik2 bc blog mama ni..byk sgt story mama nak cite kat sini,tp kadang2 mama lg suka membaca dr meluahkannya..bc blog org laen pon best gak.tp sejak jd mama ni,suka bc blog mama2 yg laen..lg2 mama2 yg fully breastfeeding.sgt teruja tp slalu ter pk bole ke jd cam dorg..mama xmmpu nk jd camtu..byk sgt halangan dalam hidup ni..dalam hati ni,ALLAH je yg taw betapa mama sntiasa nak bersama2 dgn papa dan aliff.tp keadaan masih x mengizinkan..smpi bile,,allahualam..

akhirnya...

selepas bersusah payah mencari jalan utk remove photobucket dlm blog ni,,,,akhirnya berjaya jugak..huhu.congrats to mama...

Tuesday, September 28, 2010

ya ALLAH, peliharakanlah anakku selama ia berada dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain daripada penyembuhan Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya ALLAH, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya Iman Engkau dan Rasul Mu. Ya ALLAH, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya ALLAH, jadikanlah dia sihat, yang sempurna, beerakal, pandai, alim dan beramal..Ya ALLAH, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkan akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam...
AMIN

Tuesday, June 29, 2010

menyiapkan keja yg x siap

ari ni beberapa keja da berjaya disiapkan..hehe..tahniah kepada puan masleha!!!berjaya menganta borang bisp,,berjaya key in markah,,dan dalam proses siapkan minit mesyuarat...kalo ade rezeki,,leh la dpt bisp..klo xda pon xpa..berserah je..tp kerinduan pada baby aliff tetap terus menebal..alhamdulliah,,mggu ni sakit kepala dpt dikurgkan,klo mggu lepas,,4 ari berturut2 skt kpala yg sgt2.abg ckp ni mgkin sbb stress..kpala otak terlampau rindukan aliff.tiap sgt syk pk aliff,,mawnya x skt kpala..bile lah sume ni nak berakhir..cam da fed up je....

Monday, June 28, 2010

minggu 26 kottt

minggu yg agak bz..ari ni meeting panitia,,aku plak kna wat minit post mortem,,wat post mortem form 1...huhuuuuuuu..byknye keja
selasa: pesta permainan,,siapkan key in markah,,tanda buku,,modul kh
rabu: minggu tek & voka
khamis:
jumaat: balik kggggggggg,,jmpa aliff,buah ati mama

aliff azfar dalam buaian

aliff azfar menari baek punyeeeeeeee

aliff azfar menari baek punyeeeeeeee

Tuesday, June 22, 2010

lamanye bercuti..

hi...i`m back after rest about two weeks..hehe..cuti skolah 2 mggu, sgt best,sgt enjoy coz dpt bersama2 suami tersayang dan anak tercinta.lupa sgala masalah disekolah,,cume konsentrate kat family je....hehe,,blog pon x terusik.aliff azfar da semakin besar.da 3 bulan lebih..sgt aktif dan sgt pndai..cam mama ngan papa dia lah..bawak aliff p pulau perhentian.. naek bot laju yg sgt laju..ishhhh,..takut sebenarnya,,tp kuatkan ati ni.

Monday, May 31, 2010

Redha Dengan Qada' :



Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )



aku pasrah ..

aliff sembang ngan papa



sonok tgk aliff sembang ngan papa..time ni aliff baru je 1 bulan 17 ari..skg da nak masuk 3 bulan da..

kosong~

rs sgt kosong since ari jumaat..apa yg diharapkan x menjadi kenyataan..mungkin ini dugaan yg aku harus tempuhi,,tp kuatkah diri ini utk mengharunginya..

YA ALLAH,,jika ini dugaan yg KAU berikan,,berikan lah hamba Mu ini sedikit kekuatan..berikanlah aku kesabaran dan ketabahan utk meneruskan hidup ini...aku hanya insan yang lemah.hanya dengan izinMu aku dapat meneruskan segala galanya

Tuesday, May 25, 2010

JIWANG JAPPP



Cinta Mu Mekar Di Hati

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya



what is so special about this song??cuba tgk lirik dia btol2??touching kan...hehe.hubby aku suka sgt nyanyi lagu ni utk aku..tiap kali dia nyanyi air mata ni mesti meleleh2..terharu sgt.jarak yg jauh antara aku dgn dia x prnh pon menghalang untuk kami terus menyayangi dan mencintai antara satu sama lain..lg pon abg slalu pesan,,kepercayaan dan kesetiaan la tiang dalam rumah tangga.klo x percaya,,camna nak hidup bahagia..dalam suatu perhubungan,xkisahla perhubungan persahabatan ke,,percintaan ke,,yg penting msti saling percaya.jgn sesekali khianati perhubungan yg indah itu kerana sekali dikhianati,,hilang segala kepercayaan yg ada..

moral of the story,,TRUSTWORTHY is the key of the success in the relationship.

kerja oooo kerjaaa

yeeeeeeeeeee...ari ni berjaya siapkan stepler soalan math form 1 and kh form 1...selesai astu keja,,tp itulah kehidupan ni,,kerja x pernaah nak selesai..abes satu,,dtg lg satu..klo satu xpa ni byk lg..campur ngan kerja yg tertangguh..huhu..sendiri slh la.sapa suh tangguh2. ni list to do sebelum ari khamis ni.ari khamis nak blk jmpa aliff..rindu kat anak mama..aliff buat ape ea skg..msti tgh maen ngan tok+tokki+abg syahir ngan kakak iza kan....

1.minit mesyuarat ppsmi
2. dokumentasi minggu math+science
3.kuarkan surat amaran ponteng skolah
4.tanda buku budak (1A especially,coz anak ah tey kat situ,,kang x pasal2 aku kna smash ngan bapak dia)
5. da xda kot wat sementara ni..

Monday, May 24, 2010

jengah2 blog org..

aliff azfar bin md azhar




md azhar bin noordin


masleha binti mohd nordin


syok jugak rupanya berblogging..byk dpt input dan sronok mmbaca kisah hidup org.dpt dijadikan iktibar dan panduan dlm kehidupan sehari-harian.aku suka berblog tp ada satu masalah yg sgt besar..huhu..bg aku la.MALAS NYA NAK MENAIP...aku berblog ni pon just nak meluahkan perasaan dan berkongsi rs dgn mereka2 di luar sn..ni pon da rambang mata memilih layout.awatla ssh sgt ek??snng je sbnrnya..aku je yg buta it..byk benda lg nk kna blaja..huhuuuuuuuu...chaiyok2 puan masleha..kpd encik azhar,,miss u!!kepada aliff azfar,,mama syg aliff..hehe..gambr kat ats tu spttnya nk ltk kat bwh ni,,tp x bole bwk turun pulakkkkkk..



bermula hari isnin...

tiab kali tiba ari isnin,,bermakna,,bermulala episod baru utk aku..huhu.minggu baru sbnrnya.minggu baru dlm sesi persekolahan..dan itu bermakna terpaksala aku tinggalkan anak aku demi berjuang mendidik anak org lain.kalo dekat,,aku x kisah,tp kna tgglkan jauh..jauh nun di pahang,aku plak kat johor.semenjak bergelar guru ni,,nsb kurg menyebelahi aku sbb niat nk bersama2 suami masih blum kesampaian lg.da satu tahun tujun bulan aku berjauhan ngan suami.hujung minggu dan cuti skolh je jmpa ngn mr hubby ni..duit xyah ckpla bape byk da abes.tmbg bus+teksi=rm+-100..huhu


Wednesday, May 19, 2010

AGAK PENAT...

hari yang agk pnt..ade 6 period ari ni then x smpat pon nk p makan..x kisah pon bout mkn coz skg tgh berusaha untuk mengurangkan 6kg..huhu..brat bdn makin naek pas deliverd..sungguh x suka..tensen la tgk lemak sana sini..x suka..this mornig,,bgn agk lewat coz tido agk lewat coz sibuk make up this blog,,inilah hasil yg aku dpt setelah bekerja keras utk satu malam..walopon sesibuk mana aku,,ttp x bole mengurangkan rindu aku pada baby aliff dan papa aliff..smpai bilalah aku harus begini..teringin sgt nk menikmati hidup cam org laen.,.tp camnila..sampai bile x taw.aku xnk pape da..cuma ingin bersama suami tercinta dan anak tersayang je..mama rindu sgt kat aliff azfar..x sabar nk blk weeknd ni..


Tuesday, May 18, 2010

hari guru 16 may

cite about hari guru ni memang haru sket kat smktsj2...budak2 klas aku siap tnya lg,,``cikgu,,ari isnin ni smbut hari guru ye,,saya xmaw dtg skolah``..huhu..haru btul aku dgr bile bdak2 ckp camtu..nk wat camna..budak zaman skg,,bape kerat je yg menghargai guru..apatah lg nak menyambut hari guru..aku pon haru gak..da la hidup blm stabil lg..jiwa x sepenuhnya kat skolah..3/4 jiwa aku ade ngan baby aliff.yg bestnya bdak2 wat perfomance..cikgu2 pon ape kurangnye..sume bersemngat nak nyanyi lagi kami guru malaysia...haha..aku smpai skg x hafal lirik lg tu..yg syoknye aku dpt no 3 maen congkak..hahaaaa..no 3 je..dpt adiah sploh inggt..bole la..cikgu yg sihat maen sukaneka..yg mengandung termasuk aku yg blum sht sepenuhnya maen congkak je..sbnrnye jeles gak sbb x dpt join sukaneka..cam bes je dorang maen,,tp nak wat cmana..aku sndiri pon x yakin yg aku sihat sepenuhnyaaaaaaaaaaa..kat sini aku muatkan lirik lagu kami guru mALAYSIA khas utk sume guru..

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


aliff azfar..



rindu sgt kat anak mama ni..last week sonok sbb dpt jmpa baby aliff ni..sggp ponteng gotong royong perdana coz nak jmpa ngan si kecik aliff..aliff da 2 bulan lbih..suka btol aliff sembang ngan papa..ngan mama pon aliff suka sembang jugak..mama suka tgk aliff senyum..ade lesung pipit..hehe.ikut papa..mama ngan papa da belikan aliff stroller..syok la papa menyorong aliff pasni..msti berebut ngan mama..mwahhhhhhh..syg anak mama aliff azfar

Friday, May 7, 2010

akhirnyaaaaaaaa...

blog ni dedicate to my lovely husband md azhar bin noordin n also my cute son aliff azfar bin md azhar..