Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 7, 2011

copy from metro..

Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.


Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.


Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya


KESIMPULANNYA,TEKNOLOGI ADA BAIK DAN BURUKNYA

Tuesday, January 4, 2011

aku ingin jadi isteri solehah kepada suamiku...


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Monday, January 3, 2011

tahun baru..

bermulalah perjuanganku sebagai pendidik utk tahun 2011..tahun ke 3 di smk taman selesa jaya 2..

Thursday, December 2, 2010

blog berwajah baru

hehe...selepas berhempas pulas,smbil berblog,smbil jg aliff,siap jugak akhir nye blog baru yg x seberapa ni..yg bestnya layoutnya sgt cntik.kale biru.my feveret kale..nnt bile da besar,bole la aliff ngan adik2 bc blog mama ni..byk sgt story mama nak cite kat sini,tp kadang2 mama lg suka membaca dr meluahkannya..bc blog org laen pon best gak.tp sejak jd mama ni,suka bc blog mama2 yg laen..lg2 mama2 yg fully breastfeeding.sgt teruja tp slalu ter pk bole ke jd cam dorg..mama xmmpu nk jd camtu..byk sgt halangan dalam hidup ni..dalam hati ni,ALLAH je yg taw betapa mama sntiasa nak bersama2 dgn papa dan aliff.tp keadaan masih x mengizinkan..smpi bile,,allahualam..

akhirnya...

selepas bersusah payah mencari jalan utk remove photobucket dlm blog ni,,,,akhirnya berjaya jugak..huhu.congrats to mama...

Tuesday, September 28, 2010

ya ALLAH, peliharakanlah anakku selama ia berada dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain daripada penyembuhan Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya ALLAH, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya Iman Engkau dan Rasul Mu. Ya ALLAH, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya ALLAH, jadikanlah dia sihat, yang sempurna, beerakal, pandai, alim dan beramal..Ya ALLAH, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkan akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam...
AMIN

Tuesday, June 29, 2010

menyiapkan keja yg x siap

ari ni beberapa keja da berjaya disiapkan..hehe..tahniah kepada puan masleha!!!berjaya menganta borang bisp,,berjaya key in markah,,dan dalam proses siapkan minit mesyuarat...kalo ade rezeki,,leh la dpt bisp..klo xda pon xpa..berserah je..tp kerinduan pada baby aliff tetap terus menebal..alhamdulliah,,mggu ni sakit kepala dpt dikurgkan,klo mggu lepas,,4 ari berturut2 skt kpala yg sgt2.abg ckp ni mgkin sbb stress..kpala otak terlampau rindukan aliff.tiap sgt syk pk aliff,,mawnya x skt kpala..bile lah sume ni nak berakhir..cam da fed up je....